Monday, March 1, 2010

Kisah Penyusuan Susu Ibu

Ramai di antara kawan-kawan yang sye jumpe akan cakap macam ni.. "Dah mula kerja ni, kene campur susu ler...susah baby nak menyusu..tak cukup..."

Sebenarnya banyak cara untuk ibu-ibu terus menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan dan teruskan sehingga 2 tahun.

Sekarang banyak program-program yang dijalankan oleh pakar-pakar laktasi di Malaysia. Selain tu jugak banyak informasi-informasi berkenaan Penyusuan Susu Ibu boleh di baca di laman-laman web :

Susuibu.com

Lunatots

Sarakids

Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

Untuk menjayakan penyusuan ekslusif ni..kena mulakan sejak mengandung lagi. Biler dah masuk tri semester ketiga..rajin-rajinkan lah bacer artikel2 berkenaan penyusuan susu ibu. Niatkan dalam hati nak menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu sehingga 2 tahun.

Pengalaman saya sendiri...biler kandungan mencecah tri semester ketiga..sibuk dok mencari artikel cara bersalin, sakit bersalin, komplikasi bersalin, dan lain-lain artikel yang berkaitan dengan bersalin jer. Maser tu ingatkan takder masalah dalam menyusukan anak nanti. Sampei maser ader la susu tu..agaknyer. Ujian Allah datang dengan pelbagai cara. Sewaktu bersalin Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Tapi..urusan menyusukan anak...timbul macam-macam masalah. Pam susu elektrik dah beli..beratus-ratus melabur masa mengandung 8 bulan..tapi lain plak ceriter mase dalam pantang...nak ceriter, panjang sgt kat sini..cukuplah sye nyatakan kesilapan2 sye yang menyebabkan sye tak dpt nak menyusukan anak secara ekslusif..untuk pengajaran semua...

1. Maser mengandung tak bacer artikel perihal penyusuan susu ibu

2. Maser di hospital tak menyatakan masalah penyusuan pada nurse atau pakar laktasi

3. Maser dlm pantang tidak meneruskan proses pengepamam dan direst brestfeeding

4. Maser dlm pantang tak dpt nak search internet berkenaan masalah penyusuan (susu sedikit)

5. Maser dlm pantang tak makan makanan berkhasiat (Air sangat kurang)

So..sekarang masih dalam proses Relaktasi...proses penyusuan semula..

That's why biler sye dgr ader kwn2 yang still menyusukan anak..tapi dah campur dgn susu formula..sye rase sayang nyer diorang tak teruskan penyusuan penuh susu ibu..susu banyak tapi tak teruskan breastfeeding...sedangkan yang bermasalah dalam penyusuan ni bersusah payah nak menyusukan semula biler dah tahu kelebihan susu ibu yang tiada tolok bandingnye...percayalah...carilah artikel-artikel berkenaan penyusuan susu ibu semasa bekerja dan cara-cara penyimpanan stok susu ibu, dan cara-cara handle susu ibu oleh pengasuh di nursery.

Laman web yang dah dinyatakan di atas memang banyak artikel-artikel berkenaan penyusuan susu ibu. Rasenyer terlalu cukup untuk memotivasikan diri untuk meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu secara ekslusif.

Sye tabik spring pada salah seorang kawan di tempat sye bekerja..setiap kali mengepam di ofis..akan dapat 13 auns..skarang masih menyusukan anak pertama berusia setahun lebih (lupa umur sebenar).. dan menyusukan anak pertama berusia lebih kurang 4 bulan. Stok susu ibu sudah terlalu banyak..dan tidak ader tempat untuk proses penyimpanan. Contoh yang sangat baik untuk sye menaikkan semangat memulakan kembali penyusuan susu ibu.

No comments:

Post a Comment