Monday, March 1, 2010

Tips-Tips Menghadapi Saat Bersalin

"Alamak...dah ader tanda..camner ni...aper nak buat dulu...nak bagitau sape ni...nak gi mane ni..."

Macam-macam soalan dalam kepala kite biler panik. Jangan panik..hadapi dengan tenang. Macam maner nak tenang ? Khatamkan tips-tips kat bawah ni ye..

Tanda-tanda nak dekat dah bersalin...(Dah cukup bulan...menunggu hari)

1. Darah

-Mula-mula akan ada discharge keperangan, pintu rahim dah mula terbuka, tapi mungkin sikit sangat bukaannye, antara 1 cm dan kurang daripada tu. "Aper nak buat ek ?"

Kalau tanda keluar tapi takder kontraksi, better tunggu dulu..

Kalau ader kontraksi..pantau selang antara kontraksi, kalau beberapa jam sekali baru ader kontraksi, relax dulu..kalau dah 1/2 jam or 15 minit sekali ader kontraksi..bersiap sedia ler dan terus je gi hospital yer.

-Kalau dah ada tanda darah (berketul atau tak)..pintu rahim dah mula terbuka jugak..tapi mungkin dah dekat 3 cm atau lebih sikit. "Aper nak wat plak ni..takutnyer..?"

Jangan takut..tenang jer..baby belum nak kuar lagi. Ader kontraksi or takder kontraksi ker..cepat-cepat ler pergi hospital yer.

2. Air Ketuban

-Ader kes air ketuban keluar dulu sebelum tanda lain. Bangun tido tengok cadar dah basah..air ketuban tak berwarna dan tak berbau. Jangan rasa plak ek. "Alamak..tak selesanya..meleleh jer air ketuban ni..macam maner ni..?"

Haa..kes ni jangan buat main-main yer..bersiap le dan terus jer gi hospital. Ader pendapat kater tak payah mandi, takut terkena infection pada baby kite. Tapi aper yang penting pergi jer hospital..jangan lewat-lewatkan..kiter tak tahu aper yang bakal berlaku.

-Ader jugak kes air ketuban yang keluar dah warna hijau..yang ni pun jangan tunggu-tunggu lagi. Kemungkinan besar baby dah 'membuang najis' dalam perut ibunye. Terus gi hospital tau.


3. Kontraksi

-Tengah duduk-duduk tengok tv or bersembang-sembang..tiba-tiba perut rase menegang. Terutama kat bahagian bawah belakang. Haa..kontraksi dah datang ler tu. "Alamak..cerite tengah best ni..sayang nak tinggalkan episod ni.."

Pantau kontraksi..kalau sekejap jer dan dalam beberapa jam lepas tu baru ader kontraksi balik, leh sambung tengok tv tu. Kalau dah setengah jam or 15 minit sekali ader kontraksi, nanti sambung tengok kat internet la ye. Bersiap sedia dan pergi hospital terus, jangan lencong-lencong.

4. Sakit di bahagian pinggul atau bahagian bawah abdomen (belakang)

-Kalau sakit bahagian bawah belakang makin lama makin ketara..cepat-cepat ler pergi ke hospital..risau plak nanti ter bersalin dalam kereta...

Semua tanda-tanda kat atas tu berdasarkan pembacaan dan juga pengalaman. Aper yang penting, kalau dah ader salah satu tanda, tanya pada yang lebih berpengalaman dan yang sebaiknye terus je pergi hospital. Lepas doktor dah scan, cek dan sebagainye segala-gala...baru doktor akan bagitau aper yang patut kiter buat. Stay kat hospital or boleh balik dulu.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas ader tanda-tanda bersalin

1. Hubungi suami (jika suami tiada di sisi ketika tu), ibu atau ibu mertua, atau sesiapa yang boleh temankan ke hospital.

2. Pastikan kad pengenalan, surat memasuki wad (Admission Letter), beg tangan dan segala dokumen di bawa bersama.

3. Pastikan semua barang-barang keperluan ibu dan baby semasa di hospital berada di dalam kereta. (Untuk memudahkan bersalin, bawa serbuk milo, susu pekat dan telur ayam mentah 2 biji).

4. Untuk memudahkan tugas doktor atau midwife, pakai pakaian yang bersesuaian, contohnya blouse dan skirt atau blouse labuh. Elakkan memakai seluar.

5. Sebelum masuk ke labour room, makan terlebih dahulu. Jangan biarkan perut kosong. Risau nanti takder tenaga dan meneran. Biler dah masuk labour room, midwife dah bagi makan..hanya boleh minum.

Jangan panik...kalau berterusan panik..masalah lain plak yang datang. Jangan pergi ke hospital berseorangan. Pastikan berteman..lebih baik..teman yang muhrim.

Petua-petua memudahkan bersalin

1. Banyakkan berjalan (bergerak)...kalau asyik duduk jer..risau nanti baby pun malas nak keluar..tapi kalau dah penat tu berhenti la dulu yer..jangan dipaksa-paksa. Semasa kontraksi lebih digalakkan berjalan-jalan.

2. Dan yang terakhir sekali..ini petua orang-orang berpengalaman...mase dah nak dekat bersalin..(dah ader tanda-tanda bersalin)..buat air milo pekat..campurkan dengan 2 biji telur mentah (lebih baik lagi telur ayam kampung)..kacau sampai rata..dan minum dengan nikmatnya :-) .. InsyaAllah..petua ni untuk melancarkan perjalanan baby untuk keluar melihat dunia.

*Pesanan penting untuk semua ibu-ibu hamil...banyakkan selawat Nabi Muhammad S.A.W..selawat Syifa' ..banyakkan bacer doa "Laa ilahaillaa anta kuntuminazzalimin..." InsyaAllah..Allah S.W.T jauhkan kiter daripada keadaan yang tidak diingini.*

Artikel berkaitan :

Makanan Sunnah Rasulullah Ketika Hamil, Bersalin dan Selepas Bersalin

No comments:

Post a Comment