Monday, March 1, 2010

Khasiat Dan Manfaat Qhazanah


Buah Dari Syurga Penawar Racun

Kurma Nabi ini tinggi khasiat dan melebihi kurma biasa. Nilainya juga antara yang termahal mengikut grednya. Sabda baginda akan kelebihan kurma nabi ini ;

“Barangsiapa yang mengamalkan 7 butir kurma ajwah (kurma nabi) di pagi hari, nescaya tidak dimudaratkan oleh keracunan serta sihir di hari itu”. (Riwayat Muslim)

Juga jelas baginda dalam sabdanya akan buah kurma ajwah ini:

” Kurma Ajwah adalah antara buah-buahan SYURGA”. (Riwayat Ahmad)

“Ajwah daripada SYURGA dan ia PENAWAR racun”. (Riwayat Nasaie)



Madu Asli

Lebah adalah satu lagi bukti dalam Al Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah.

Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.

Madu dijelaskan didalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)



Air Zam-Zam : Qhazanah Tunggal Umat Islam

Lagenda Air Zam-Zam bermula dari sejarah Islam yang masyhur lagi benar dan terbukti kisahnya di dalam Al Quran dan Al Hadith. Ia tidak mempunyai punca yang melata, akan tetapi punca air Zam-Zam hanya terdapat di Makkah Al Mukarramah. Inilah qhazanah tunggal umat Islam, permata berharga yang mulia dan diberkati.

Ajaibnya Air Zam-Zam - Punca telaga Zam-Zam yang terakam dalam sejarah terus melimpahkan airnya kepada jutaan umat Islam sehingga kini. Kerajaan Arab Saudi membuat sambungan terusan dari puncanya di Makkah Al Mukarramah hingga ke Madinah Al Munawwarah bagi membekalkan air suci kurniaan Allah ini di bumi barakah. Bayangkan punca air yang terbit di tengah-tengah padang pasir ini terus mengalir tanpa henti 24 jam sehari, 365 hari setahun. Alangkah beruntungnya kita.

Air Zam-Zam Sebagai Penawar

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda mengenai air zam-zam sebagai penyembuh;
“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan MENYEMBUHKAN penyakit”. (Riwayat At Tabrani)

Air Zam-Zam bersifat alkali tanpa perlu diproses. Dan yang menakjubkan ia air semulajadi bersifat alkali paling tinggi sifatnya di dunia. Keunikan air Zam-Zam ini ialah ia boleh diamal oleh (dalam kes-kes terpencil) mereka yang mempunyai masalah kesihatan yangmana badan mereka tidak boleh menerima kehadiran makanan atau minuman yang tinggi sifat alkali. Berbeza dengan kebanyakan individu, kita memerlukan kehadiran cecair alkali bagi menyeimbangi dan menyingkirkan kehadiran asid secara melampau dalam tubuh.

Air Zam-Zam Diberkati Dan Bergizi

Keistimewaan air Zam-Zam sepertimana yang digabungkan dalam Qhazanah, dijelaskan lagi melalui pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;
“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi“. (Riwayat Muslim)
Pelbagai kajian dijalankan bagi memperincikan keunikan air Zam-Zam dalam mempengaruhi kesihatan individu.



Buah Kurma : Hadiah Khazanah Alami

Sebelum kewujudan buah kurma Nabi, buah kurma juga merupakan titik tolak dalam memelihara kesihatan di dunia perubatan Islam. Antara rakaman sejarah mengenai peristiwa yang menyaksikan buah kurma sebagai aset penting umat islam dijelaskan di dalam Al Quran melalui surah Maryam.

Tanyalah mana-mana ibu yang melahirkan anak akan rasa sakitnya, peritnya, jiwa yang berdebar-debar dengan penuh pengharapan agar selamat melahirkan anak dalam kandungan umpama nyawa bergantung kepada sehelai rambut.

Bersalin, Suatu Pengalaman Mendebarkan

Dan pengalaman bunda kepada Nabi Isa ‘Alaihissalam yakni Saidatina Maryam ‘Alaihissalam merupakan suatu pengalaman yang mencemaskan dalam sejarah kelahiran. Beliau yang difitnah penduduk sekelilingnya akan kandungannya yang merupakan kurniaan daripada Allah apabila hamil tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.

Fikirkan sejenak, beliau yang cuba dianiaya penduduk sekeliling, membawa diri dalam tergesa-gesa sedang sarat hamil di tengah-tengah padang pasir yang terik dan kering. Di saat-saat waktu kelahiran semakin hampir, beliau semakin tidak terdaya. Sekian itu, maka turunlah wahyu Allah kepada Saidatina Maryam yang dirakam sejarah ini di dalam Al Quran;
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya; “Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai”.

(Surah Maryam : Ayat 24)

“Dan gegarlah ke arahmu pangkal pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah masak. Maka makan dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”.

(Surah Maryam : Ayat 25)

(Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal pohon kurma. (Surah Maryam : Ayat 23)

Dalam keadaan yang sekian lama membawa diri di tengah-tengah padang pasir, bersama perasaan yang kerisauan akan kandungannya juga dari gangguan serta fitnah penduduk sekelilingnya, melahirkan anak tanpa bantuan sesiapa yang lain, tambahan pula tenaga yang banyak telah dikerahkan serta kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan dalam keadaan seorang diri, turunlah perintah Allah kepadanya agar selamat melahirkan tanpa perlu bimbang akan apa-apa pun dengan memakan buah kurma.

Buah Kurma Hadiah Terbaik Buat HambaNYA
Ternyata hadiah ini adalah antara yang istimewa diukir dalam sejarah. Buah kurma terbukti membantu mengembalikan tenaga yang hambar, kehilangan darah yang banyak, membina kekuatan otot intim dan keseluruhan, membina minda yang cerdas serta penemuan terkini sains mengenai kurma iaitu;

Membina Ketenangan Emosi / Perasaan

Kajian sains membuktikan bahawa kandungan bahan di dalam kurma mampu membina ketenangan emosi atau ketenangan perasaan. Ini memberi panduan kepada umat Islam akan ayat di dalam petikan surah Maryam yakni;

“..serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. (Surah Maryam : Ayat 25)
Maka amatlah rugi umat Islam sekadar mengamalkannya di bulan Ramadhan semata-mata di musim bulan puasa sahaja.

Makanan Hamba Allah Yang Beriman

Memakan kurma juga memenuhi tuntutan sunnah baginda yang sewajarnya kita contohi. Maka dengan itu kita menghampiri amalan-amalan rutin Nabi. Mengamalkan memakan kurma juga mendapat pahala orang yang beriman sepertimana sabda baginda;
“Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah kurma”. (Riwayat Abu Daud)

Kurma : Makanan Yang Barakah

Allah melimpahkan barakah kepada buah kurma sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

Daripada Salman Ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

“Jika salah seorang di antara kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, sebab kurma itu barakah, jika tiada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci”. (Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi)

Makanan Barakah Untuk Anak

Amalan membelah mulut atau bertahnik juga diambil daripada sunnah baginda ;
Daripada Abu Musa Radiallahu Anhu katanya:

“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma (sambungan dalam penjelasan Imam Al Bukhari) ..maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan keberkatan baginya lalu menyerahkan kembali kepadaku”. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Ternyata kurma terus mendapat perhatian pakar kesihatan seluruh dunia samada dalam keperluan diet atau mengatasi penyakit-penyakit yang tidak dapat diatasi dengan ubat-ubatan moden.



Buah Tinn & Buah Zaitun : Dan Allah Bersumpah Dengannya..

Inilah antara dua buah yang Allah bersumpah dengannya.

Buah Tiin

Allah menyebut nama buah ini di dalam Al Quran yang firman yang bermula dengan “Wat Tiin” bermaksud “Demi buah Tinn”..

“Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..” (Surah At Tinn : Ayat 1)

Buah ini juga mendapat perhatian pakar kesihatan dalam membantu diet dan kesihatan manusia. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

“Makanlah kamu semua darinya (buah Tinn). Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku katakan ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh MENYEMBUHKAN penyakit buasir dan mendatangkan manfaat buat sendi-sendi”. (Riwayat Abu Daud Dan Suyuti)



Buah Zaitun : Bercahaya dan Barakah Allah Padanya

“Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman.” (Surah At Tinn : Ayat 1)

Sepertimana di nyatakan di atas mengenai firman Allah dalam Al Quran mengenainya, Zaitun juga memberikan impak yang besar dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Malah ramai yang memilih minyak zaitun daripada minyak masak yang biasa untuk gaya hidup yang lebih sihat.
juga dinyatakan di dalam Al Quran dan As Sunnah akan kelebihannya;

“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang BANYAK MANFAATNYA, (iaitu) pokok Zaitun“. (Surah An Nur : Ayat 35)

Dipesan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;
“Gunalah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pokok yang DIBERKATI”. (Riwayat At Tirmidzi Dan Ibnu Majah)


Buah Delima : Teman Kurma Dalam Syurga

Di dalam Al Quran juga dijelaskan akan keistimewaan kedudukan dua buah yang utama yakni buah Kurma dan buah Delima.

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. (Surah Ar Rahman : Ayat 68).

Sudah tentu juga manfaat buah delima ini tinggi khasiatnya buat kita. Dijelaskan ia mengandungi unsur nutrien seperti vitamin C, niasin, tiamin, fosforus, riboflavin, dan kalsium serta sodium.
Buah Delima bersifat lembap dan panas serta amat baik untuk dada dan paru- paru kerana ia membantu melegakan batuk juga untuk menguatkan perut dan tekak menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah.



Habbatus Sauda’ : Raja Penawar Segala Penyakit

Habbatus Sauda’ berulangkali memberi kejutan kepada pakar kesihatan dan pengamal perubatan moden dalam kemampuannya mengatasi pelbagai penyakit. Kebolehannya sebagai penawar terus diuji dan diuji keberkesanannya.

Dalam kitab perubatan Ibnu Sina jelas dan kukuh ia diperakui kemampuannya sebagai penawar penyakit. Habbatus Sauda’ tinggi sifat antioksida dan bersifat antikanser dan antitumor.
Ia berkeupayaan tinggi dalam mengatasi dan melawan bakteria yang memudaratkan serta mampu menghentikan serangan dan jangkitan fungus dan kulat. Habbatus Sauda’ diamal sejak dahulu sebagai penawar asma.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam mengenai keunikan Habbatus Sauda’ sebagai penyembuh atau penawar penyakit ternyata tidak dapat dinafikan lagi;

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya merupakan penawar SEGALA penyakit melainkan As sam”. Sahabat bertanya “Ya Rasulullah, apakah As Sam itu..?” jelas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; “As Sam adalah mati..” (Riwayat Al Bukhari)

Sehingga hari ini keberkesanannya dalam dunia perubatan diletakkan kepercayaan yang amat tinggi dan kini menjadi modal sebagai penawar AIDS dan barah (cancer).


Za’ffran : Senilai Dengan Emas

Ia mengikut nilai semasa emas di pasaran..! Nilai Za’ffran mahal bukan kerana bentuk rupa bunganya yang cantik. Akan tetapi kerana sifatnya yang memberi manfaat dalam membina kesihatan dan menewaskan penyakit.

Kajian mendapati ia mampu meningkatkan daya ingatan, melancarkan sistem darah
dan juga saraf, mengatasi wabak penyakit kulit dan cacar serta sesuai untuk mengatasi masalah usus, tinggi nilai dengan antioksida juga sebagai agen awet muda untuk kecantikan.


Kismis : Pilihan Si Cerdas

Kismis kaya dengan pelbagai zat dan mineral. Banyak mineral dan vitamin yang penting antaranya kalsium, potassium, magnesium, zat besi, dan vitamin B1, B3 dan B6.
70% daripada Kismis adalah fruktosa (sejenis gula ringkas asli) yang mudah dihadamkan dengan cepat untuk ditukarkan kepada tenaga dengan segera. Kismis kaya dengan serat sihat yang kaya dengan agen anti-oksida.

Amat penting keperluan Zat Besi untuk pembinaan darah untuk memudahkan pengangkutan oksigen terus ke otak dan juga ke seluruh badan. Kismis sangat sesuai terutama bagi mereka yang banyak mengerah tenaga untuk berfikir seperti kanak-kanak, guru dan pelajar, professional, pensyarah dan lain-lain.
Bagi mereka yang telah mencuba produk lain yang seumpamanya, apabila anda merasai Qhazanah™, anda pasti merasai kelainannya..

No comments:

Post a Comment