Wednesday, March 3, 2010

Lahirnya Qhursanee...Membuka Minda Anda...

Qhursanee sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anda.

Nantikan promo-promo dari kami...

Qhursanee Promo!

Kami kini Mursyid Qhazanah (Stokis) di Kuala Lumpur !
Hubungi kami di 019-283 1264 / 012-223 4973 untuk maklumat lanjut.

Qhazanah ! *Terbaik untuk anda...dapatkan maklumat lanjut di sini *


Khasiat dan manfaat Qhazanah.


Qhursanee Info!

Dapatkan info-info bermanfaat di sini.

Kelebihan Makanan Sunnah Rasulullah Ketika Hamil, Bersalin dan Selepas Bersalin

Tip-Tips Menghadapi Saat Bersalin

Kisah Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu Semasa Bekerja

Di sebalik Qhursanee


Hubungi kami di:


qhursanee@gmail.com
019-283 1264 / 012-223 4973
Wafi / Fazlina

Monday, March 1, 2010

Info-Info Yang Bermanfaat Untuk Anda

Anda hamil, menunggu hari untuk bersalin..artikel-artikel di bawah amat bermanfaat untuk anda..

Kelebihan Makanan Sunnah Rasulullah Ketika Hamil, Bersalin dan Selepas Bersalin

Tip-Tips Menghadapi Saat Bersalin

Banyak lagi info-info yang akan Qhursanee kongsikan bersama anda...

Kelebihan Makanan Sunnah Rasulullah Ketika Hamil, Bersalin dan Selepas Bersalin

Adalah amat baik sekali jika kita mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.


Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.


Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.


Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.


3. MADU


Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.


Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.


Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Qhazanah Untuk Semua...Dapatkannya Sekarang !



"Makanan Yang Bersih, Menempa HATI Yang Bersih..."


* Asli * Padu * Lazat *






Siapa yang perlu mengamalkan Qhazanah ?

* Kanak-kanak(2 tahun ke atas bagi ibu yang menyusukan secara ekslusif)
* Kanak-kanak (6 bulan ke atas, jika sudah memperkenalkan susu formula)
*Pelajar-pelajar (daripada pengajian rendah, sehingga ke pengajian tinggi)
* Ibu hamil (tri semester ke-2 dan ke-3)
* Ibu selepas bersalin (mengembalikan tenaga dan kecantikan dalaman)
* Ibu yang sedang menyusukan bayi (khasiat susu ibu akan bertambah mantap disalurkan kepada bayinya)
* Golongan dewasa (terutama untuk ketenangan, kecergasan, kesihatan dan kecantikan dalaman)
* Warga emas (terutama golongan yang berpenyakit, cth : darah tinggi, allergi, kencing manis, gout dll)
* Semua golongan adalah digalakkan untuk mengamalkan makanan Sunnah Rasulullah untuk membersihkan hati kita...InsyaAllah...

Ingin Mendapatkan Qhazanah / Menjadi Pengedar Qhazanah di sekitar Kuala Lumpur:


Hubungi kami sekarang...




Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Qhazanah..klik Disini

Penyusuan Susu Ibu Semasa Bekerja

Cuti bersalin biasanya 8 minggu sahaja. So..ibu-ibu kenalah mengambil peluang daripada cuti ini untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Kira-kira tiga minggu sebelum bekerja semula, barulah fikirkan tentang macam maner nak meneruskan penyusuan. Bertenanglah…semuanye boleh asalkan kene ader sedikit usaha.

Proses ni ambil masa kira-kira 14 hari (dua minggu). Tapi dinasihatkan mula berlatih memerah susu sendiri tiga minggu sebelum bekerja. Mula dengan memerah susu untuk disimpan setiap kali lepas bayi menyusu atau pada waktu bangun pagi dan juga pada bila-bila masa rasa susu ibu berlebihan.

Jangan rase bimbang kalau dapati perahan susu sedikit pada mulanya. Lambat laun ibu akan memperolehi perahan susu yang lebih banyak (Sila rujuk pada cara menyimpan perahan susu ibu). Ibu mungkin menyimpan beberapa botol PSI (Perahan Susu Ibu) di dalam peti sejuk. Proses ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bagi ibu yang bekerja mengikut syif, bolehlah mengubahsuaikan mengikut masa puan bekerja.

HARI PERTAMA

Sarapan Antara jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi mintalah mak, mak mertua atau penjaga memberi PSI pada bayi. Sebaik-baiknya bukan ibu yang memberi, sebab risau bayi enggan menyusu dari botol yang dipegang ibu. Adalah digalak ibu memerah susu untuk disimpan pada waktu bayi diberi PSI oleh pembantu. Terus susukan bayi pada masa yang berikut dan sepanjang hari. Kekalkan jadual ini selama tiga hari.

SETERUSNYA

Ibu telah berjaya mengikut program ini selama tiga hari. Syabas! Teruskanlah melatih bayi meminum perahan susu ibu secara berkala seperti jadual di bawah ini:- Selain daripada mengikut proses ini, ibu-ibu perlulah juga mendapatkan pengetahuan mengenai :

i) cara memerah susu ibu
ii) cara menyimpan perahan susu ibu
iii) cara menggunakan perahan susu ibu

Kejayaan penyusuan bagi ibu bekerja bergantung kepada kejayaan ibu menyusukan bayi semasa dalam pantang lagi. Penyusuan ibu tidaklah sukar jika puan faham caranya. Ingatlah! Tidak ada susu yang lebih baik untuk bayi kesayangan selain daripada susu ibu.

JADUAL LATIHAN PENYUSUAN BAYI SEBELUM BEKERJA SEMULA


NASIHAT BERGUNA UNTUK IBU-IBU

i) Proses stimulasi adalah penting untuk meneruskan laktasi atau pengaliran susu. Jadi, adalah penting ibu terus menyusu bayi pada masa ibu berada di rumah dan pada hujung minggu dan hari kelepasan. Payu dara anda akan berasa tegang atau lebihan takungan susu setiap kali selepas hari kelepasan/cuti. Ini disebabkan lebihnya stimulasi pada hari sebelumnya. Ini akan memudahkan lagi proses memerah susu pada hari itu. JANGAN harap dengan memerah susu saja boleh mengekalkan bekalan susu ibu.

ii) Perahan susu ibu (PSI) sebaiknya diberikan oleh pengasuh bayi.
iii) PSI boleh diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu kecil. Penggunaan botol atau putting biasanya akana membuatkan bayi 'keliru puting'.
iv) Minum air secukupnya dan makan makanan seimbang.
v) Cuba mengambil masa untuk berehat kerana ini penting untuk penghasilan susu ibu.
vi) Bangun dari tidur lebih awal (20 minit) dan susukan anak walaupun dia sedang tidur atau separuh tidur. Ini akan membuat bayi kenyang dan tenteram sementara ibu bersiap untuk pergi kerja.
vii) Bersarapan dengan makanan yang mengenyangkan dan susukan bayi sekali lagi sebelum keluar.
viii) Sementara menunggu masa untuk balik ke rumah, beritahu pengasuh supaya memberi bayi susu sekadar mencukupi keperluannya untuk menghilangkan rasa dahaga. Dalam masa yang sama, waktu ini ibu mungkin rasa 'penuh' di kedua-dua belah payu dara dan mengharapkan bayi menghisap sepuas-puasnya sebaik sampai di rumah.
ix) Ibu harus susukan bayi secepat mungkin ( 30 minit) sebaik sampai di rumah.
x) Susui bayi pada kedua-dua belah payu dara. Ini adalah amalan yang sangat digalakkan.
xi) Jika susu keluar dan membasahi baju, tekankan kedua telapak tangan pada payu daya beberapa minit. Kalukan secara berpeluk tubuh supaya tidak ketara. Gunakan alas baju dalam (nursing pads) dan amalkan menukarnya selalu bila basah. Ini boleh mengelakkan daripada sakit puting. Ketumpahan susu juga boleh berlaku apabila ibu teringkatkan bayi.
xii) Jangan biarkan payu dara penuh susu lebih daripada tiga jam tanpa memerahnya. Ini boleh membuatkan ibu tidak selesa dan boleh berlaku bengkak susu (engorgement). Perahkan susu sambil mengurut perlahan-lahan untuk melegakan rasa keperitan ini. Jika suka, demah dengan menggunakan tuala suam atau sejuk.

MEMERAH SUSU IBU MENGAPA?

· Ia menyebabkan bekalan susu ibu tidak putus.
· Ia adalah makanan terbaik untuk bayi.
· Ia mengurangkan risiko bayi terdedah kepada pelbagai penyakit dan alahan.
· Ia mengelakkan dan mengurangkan bengkak payu dara.
· Ia mengelakkan infeksi atau radang payu dara (mastitis).

BANYAK MANA ?

Memerah susu mungkin sukar dilakukan pada mulanya tetapi akan menjadi lebih mudah setelah dilakukan selalu. Jangan putus asa jika pada mulanya hanya memperolehi sedikit saja susu. Ibu-ibu yang sudah biasa memerah susu mereka boleh memperolehi bilangan susu yang banyak dalam 15- 20 minit. Kuantiti susu yang diperolehi berbeza-beza pada setiap masa perahan dibuat. Umur dan berat badan bayi juga akan menentukan kuantiti susu yang perlu ditinggalkan untuk bayi.

DI MANA ?

Di tempat kerja, memerah susu boleh dilakukan di mana-mana, asalkan tidak menarik perhatian ramai.
Di ruang pejabat yang tertutup.
Dalam bilik stor yang bersih.
Dalam surau atau bilik sembahyang.
Sekiranya anda terpaksa memerah susu di tempat yang anda khuatiri kebersihannya, gunakanlah pam susu. Ini membantu perahan susu ibu terus masuk ke dalam botol. Ini untuk menjamin kebersihan dan mengelak daripada terdedah kepada pertumbuhan bacteria.

CARA MEMERAH DENGAN TANGAN

Sebelum memerah susu ibu, urut payu dara anda terlebih dulu. Tekankan kedua-dua belah tangan secara mendatar di atas badan di kedua-dua sisi payu dara. Lengan mestilah tegak di tepi. Sambil menekan dengan kuat, gerakkan jari secara perlahan-lahan ke bahagian puting dan areola. Untuk mengeluarkan susu dari lactiferous sinus, tekan dengan perlahan-lahan bahagian areola menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

KEBERSIHAN

Susu perlu diperah ke dalam bekas atau botol yang telah disterilkan. Gunakan bekas/botol yang berlainan setiap kali perahan. Bila menggunakan pam susu, pastikan setiap bahagian pam yang bersentuhan dengan susu disteril pada setiap kali ia digunakan. Harus juga berhati-hati supaya pam susu tidak digunakan dengan sedutan yang terlalu kuat. Ini boleh menyebabkan puting berasa sakit.

PAKAIAN YANG SESUAI

Ibu akan berasa selesa sekiranya berpakaian longgar serta mudah ditutup dan diangkat dari bahagian depan. Pakaian yang berzip atau berbutang dari bahagian belakang adalah TIDAK sesuai untuk memerah susu. Baju kurung atau baju Kedah dan pakaian sepasang (blaus dan skirt/seluar) memang sesuai untuk ibu yang menyusu anak mereka.

CARA MENGGALAKKAN REFLEKS LET-DOWN

Refleks let-down atau pancutan susu adalah penting untuk ibu mendapatkan susu yang banyak semasa memerah. Takungan susu tidak akan keluar sekirnya keadaan ibu tidak tenteram dan releks. Proses let-down boleh berlaku bila ibu menggambarkan wajah bayinya sedang menghisap susu semasa memerah susu. Beberapa cara untuk mendapatkan refleks let-down ialah :

Relaks dan perah susu di tempat yang sunyi dan jauh daripada segala kebisingan.
Letakkan tuala suam ( demah) di atas payu dara.
Urut payu dara secara perlahan-lahan dan cuba bayangkan wajah bayi anda sedang menyusu.
Jika memerah susu di rumah, tunggu selama 30 -40 minit selepas anda menyusui bayi sebelum membuat perahan. Proses ini memberi masa untuk 'kilang susu' membuat tambahan.

MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU

Sekiranya memerah susu di tempat kerja, sebaik-baiknya simpan perahan susu ibu di dalam peti sejuk. Jika di tempat anda bekerja tidak ada peti sejuk, bolehlah disimpan dengan menggunakan cara ini :- ·

Guna kotak 'piknik' yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu. Ini adalah antara kaedah terbaik demi memastikan perahan susu ibu sentiasa sejuk sebelum tiba di rumah. ·

Gunakan ' flask' air panas yang diubahsuai supaya ianya sejuk. Mula dengan memasukkan ketulan-ketulan air ke dalamnya sehari/dua sebelum anda mula bekerja. Isikan juga ketulan ais sebelum dibawa ke tempat bekerja. Buangkan semua ketulan ais sebelum isi perahan susu ibu. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah untuk menyusukan bayi. Ibu perlu memerah susu 1 - 2 kali di tempat kerja untuk di bawa balik.

Perahan susu ibu ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari. Jika menggunakan 'flask' yang berisi ketulan ais, pastikan bila anda memerah kali kedua/ketiga, perahan susu ibu mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dicampur dengna perhan susu ibu sebelumnya.

BEKAS SESUAI UNTUK MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU

Bekas atau botol plastik yang boleh tahan beku dan panas.
Botol susu berukuran 120 mls.

PERAHAN SUSU IBU YANG DISIMPAN DALAM PETI SEJUK DUA PINTU SEBAIK-BAIKNYA DIHABISKAN DALAM MASA DUA MINGGU MENYEJUKKAN SUSU

Letakkan bekas-bekas yang berisi PSI ke tempat penyejuk (chiller) rak pertama - BUKAN di rak di tepi pintu. (Tahan 24 jam).

MEMBEKUKAN SUSU

Buatkan seperti di atas selama 30 minit baru masukkan ke dalam tempat pembeku (freezer). Catatkan tarikh pada bekas itu (tahan hingga 3 bulan).

Artikel dipetik daripada laman Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia.

Kisah Penyusuan Susu Ibu

Ramai di antara kawan-kawan yang sye jumpe akan cakap macam ni.. "Dah mula kerja ni, kene campur susu ler...susah baby nak menyusu..tak cukup..."

Sebenarnya banyak cara untuk ibu-ibu terus menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan dan teruskan sehingga 2 tahun.

Sekarang banyak program-program yang dijalankan oleh pakar-pakar laktasi di Malaysia. Selain tu jugak banyak informasi-informasi berkenaan Penyusuan Susu Ibu boleh di baca di laman-laman web :

Susuibu.com

Lunatots

Sarakids

Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

Untuk menjayakan penyusuan ekslusif ni..kena mulakan sejak mengandung lagi. Biler dah masuk tri semester ketiga..rajin-rajinkan lah bacer artikel2 berkenaan penyusuan susu ibu. Niatkan dalam hati nak menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu sehingga 2 tahun.

Pengalaman saya sendiri...biler kandungan mencecah tri semester ketiga..sibuk dok mencari artikel cara bersalin, sakit bersalin, komplikasi bersalin, dan lain-lain artikel yang berkaitan dengan bersalin jer. Maser tu ingatkan takder masalah dalam menyusukan anak nanti. Sampei maser ader la susu tu..agaknyer. Ujian Allah datang dengan pelbagai cara. Sewaktu bersalin Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Tapi..urusan menyusukan anak...timbul macam-macam masalah. Pam susu elektrik dah beli..beratus-ratus melabur masa mengandung 8 bulan..tapi lain plak ceriter mase dalam pantang...nak ceriter, panjang sgt kat sini..cukuplah sye nyatakan kesilapan2 sye yang menyebabkan sye tak dpt nak menyusukan anak secara ekslusif..untuk pengajaran semua...

1. Maser mengandung tak bacer artikel perihal penyusuan susu ibu

2. Maser di hospital tak menyatakan masalah penyusuan pada nurse atau pakar laktasi

3. Maser dlm pantang tidak meneruskan proses pengepamam dan direst brestfeeding

4. Maser dlm pantang tak dpt nak search internet berkenaan masalah penyusuan (susu sedikit)

5. Maser dlm pantang tak makan makanan berkhasiat (Air sangat kurang)

So..sekarang masih dalam proses Relaktasi...proses penyusuan semula..

That's why biler sye dgr ader kwn2 yang still menyusukan anak..tapi dah campur dgn susu formula..sye rase sayang nyer diorang tak teruskan penyusuan penuh susu ibu..susu banyak tapi tak teruskan breastfeeding...sedangkan yang bermasalah dalam penyusuan ni bersusah payah nak menyusukan semula biler dah tahu kelebihan susu ibu yang tiada tolok bandingnye...percayalah...carilah artikel-artikel berkenaan penyusuan susu ibu semasa bekerja dan cara-cara penyimpanan stok susu ibu, dan cara-cara handle susu ibu oleh pengasuh di nursery.

Laman web yang dah dinyatakan di atas memang banyak artikel-artikel berkenaan penyusuan susu ibu. Rasenyer terlalu cukup untuk memotivasikan diri untuk meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu secara ekslusif.

Sye tabik spring pada salah seorang kawan di tempat sye bekerja..setiap kali mengepam di ofis..akan dapat 13 auns..skarang masih menyusukan anak pertama berusia setahun lebih (lupa umur sebenar).. dan menyusukan anak pertama berusia lebih kurang 4 bulan. Stok susu ibu sudah terlalu banyak..dan tidak ader tempat untuk proses penyimpanan. Contoh yang sangat baik untuk sye menaikkan semangat memulakan kembali penyusuan susu ibu.

Khasiat Dan Manfaat Qhazanah


Buah Dari Syurga Penawar Racun

Kurma Nabi ini tinggi khasiat dan melebihi kurma biasa. Nilainya juga antara yang termahal mengikut grednya. Sabda baginda akan kelebihan kurma nabi ini ;

“Barangsiapa yang mengamalkan 7 butir kurma ajwah (kurma nabi) di pagi hari, nescaya tidak dimudaratkan oleh keracunan serta sihir di hari itu”. (Riwayat Muslim)

Juga jelas baginda dalam sabdanya akan buah kurma ajwah ini:

” Kurma Ajwah adalah antara buah-buahan SYURGA”. (Riwayat Ahmad)

“Ajwah daripada SYURGA dan ia PENAWAR racun”. (Riwayat Nasaie)



Madu Asli

Lebah adalah satu lagi bukti dalam Al Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah.

Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.

Madu dijelaskan didalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)



Air Zam-Zam : Qhazanah Tunggal Umat Islam

Lagenda Air Zam-Zam bermula dari sejarah Islam yang masyhur lagi benar dan terbukti kisahnya di dalam Al Quran dan Al Hadith. Ia tidak mempunyai punca yang melata, akan tetapi punca air Zam-Zam hanya terdapat di Makkah Al Mukarramah. Inilah qhazanah tunggal umat Islam, permata berharga yang mulia dan diberkati.

Ajaibnya Air Zam-Zam - Punca telaga Zam-Zam yang terakam dalam sejarah terus melimpahkan airnya kepada jutaan umat Islam sehingga kini. Kerajaan Arab Saudi membuat sambungan terusan dari puncanya di Makkah Al Mukarramah hingga ke Madinah Al Munawwarah bagi membekalkan air suci kurniaan Allah ini di bumi barakah. Bayangkan punca air yang terbit di tengah-tengah padang pasir ini terus mengalir tanpa henti 24 jam sehari, 365 hari setahun. Alangkah beruntungnya kita.

Air Zam-Zam Sebagai Penawar

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda mengenai air zam-zam sebagai penyembuh;
“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan MENYEMBUHKAN penyakit”. (Riwayat At Tabrani)

Air Zam-Zam bersifat alkali tanpa perlu diproses. Dan yang menakjubkan ia air semulajadi bersifat alkali paling tinggi sifatnya di dunia. Keunikan air Zam-Zam ini ialah ia boleh diamal oleh (dalam kes-kes terpencil) mereka yang mempunyai masalah kesihatan yangmana badan mereka tidak boleh menerima kehadiran makanan atau minuman yang tinggi sifat alkali. Berbeza dengan kebanyakan individu, kita memerlukan kehadiran cecair alkali bagi menyeimbangi dan menyingkirkan kehadiran asid secara melampau dalam tubuh.

Air Zam-Zam Diberkati Dan Bergizi

Keistimewaan air Zam-Zam sepertimana yang digabungkan dalam Qhazanah, dijelaskan lagi melalui pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;
“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi“. (Riwayat Muslim)
Pelbagai kajian dijalankan bagi memperincikan keunikan air Zam-Zam dalam mempengaruhi kesihatan individu.



Buah Kurma : Hadiah Khazanah Alami

Sebelum kewujudan buah kurma Nabi, buah kurma juga merupakan titik tolak dalam memelihara kesihatan di dunia perubatan Islam. Antara rakaman sejarah mengenai peristiwa yang menyaksikan buah kurma sebagai aset penting umat islam dijelaskan di dalam Al Quran melalui surah Maryam.

Tanyalah mana-mana ibu yang melahirkan anak akan rasa sakitnya, peritnya, jiwa yang berdebar-debar dengan penuh pengharapan agar selamat melahirkan anak dalam kandungan umpama nyawa bergantung kepada sehelai rambut.

Bersalin, Suatu Pengalaman Mendebarkan

Dan pengalaman bunda kepada Nabi Isa ‘Alaihissalam yakni Saidatina Maryam ‘Alaihissalam merupakan suatu pengalaman yang mencemaskan dalam sejarah kelahiran. Beliau yang difitnah penduduk sekelilingnya akan kandungannya yang merupakan kurniaan daripada Allah apabila hamil tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.

Fikirkan sejenak, beliau yang cuba dianiaya penduduk sekeliling, membawa diri dalam tergesa-gesa sedang sarat hamil di tengah-tengah padang pasir yang terik dan kering. Di saat-saat waktu kelahiran semakin hampir, beliau semakin tidak terdaya. Sekian itu, maka turunlah wahyu Allah kepada Saidatina Maryam yang dirakam sejarah ini di dalam Al Quran;
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya; “Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai”.

(Surah Maryam : Ayat 24)

“Dan gegarlah ke arahmu pangkal pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah masak. Maka makan dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”.

(Surah Maryam : Ayat 25)

(Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal pohon kurma. (Surah Maryam : Ayat 23)

Dalam keadaan yang sekian lama membawa diri di tengah-tengah padang pasir, bersama perasaan yang kerisauan akan kandungannya juga dari gangguan serta fitnah penduduk sekelilingnya, melahirkan anak tanpa bantuan sesiapa yang lain, tambahan pula tenaga yang banyak telah dikerahkan serta kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan dalam keadaan seorang diri, turunlah perintah Allah kepadanya agar selamat melahirkan tanpa perlu bimbang akan apa-apa pun dengan memakan buah kurma.

Buah Kurma Hadiah Terbaik Buat HambaNYA
Ternyata hadiah ini adalah antara yang istimewa diukir dalam sejarah. Buah kurma terbukti membantu mengembalikan tenaga yang hambar, kehilangan darah yang banyak, membina kekuatan otot intim dan keseluruhan, membina minda yang cerdas serta penemuan terkini sains mengenai kurma iaitu;

Membina Ketenangan Emosi / Perasaan

Kajian sains membuktikan bahawa kandungan bahan di dalam kurma mampu membina ketenangan emosi atau ketenangan perasaan. Ini memberi panduan kepada umat Islam akan ayat di dalam petikan surah Maryam yakni;

“..serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. (Surah Maryam : Ayat 25)
Maka amatlah rugi umat Islam sekadar mengamalkannya di bulan Ramadhan semata-mata di musim bulan puasa sahaja.

Makanan Hamba Allah Yang Beriman

Memakan kurma juga memenuhi tuntutan sunnah baginda yang sewajarnya kita contohi. Maka dengan itu kita menghampiri amalan-amalan rutin Nabi. Mengamalkan memakan kurma juga mendapat pahala orang yang beriman sepertimana sabda baginda;
“Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah kurma”. (Riwayat Abu Daud)

Kurma : Makanan Yang Barakah

Allah melimpahkan barakah kepada buah kurma sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

Daripada Salman Ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

“Jika salah seorang di antara kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, sebab kurma itu barakah, jika tiada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci”. (Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi)

Makanan Barakah Untuk Anak

Amalan membelah mulut atau bertahnik juga diambil daripada sunnah baginda ;
Daripada Abu Musa Radiallahu Anhu katanya:

“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma (sambungan dalam penjelasan Imam Al Bukhari) ..maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan keberkatan baginya lalu menyerahkan kembali kepadaku”. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Ternyata kurma terus mendapat perhatian pakar kesihatan seluruh dunia samada dalam keperluan diet atau mengatasi penyakit-penyakit yang tidak dapat diatasi dengan ubat-ubatan moden.



Buah Tinn & Buah Zaitun : Dan Allah Bersumpah Dengannya..

Inilah antara dua buah yang Allah bersumpah dengannya.

Buah Tiin

Allah menyebut nama buah ini di dalam Al Quran yang firman yang bermula dengan “Wat Tiin” bermaksud “Demi buah Tinn”..

“Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..” (Surah At Tinn : Ayat 1)

Buah ini juga mendapat perhatian pakar kesihatan dalam membantu diet dan kesihatan manusia. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

“Makanlah kamu semua darinya (buah Tinn). Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku katakan ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh MENYEMBUHKAN penyakit buasir dan mendatangkan manfaat buat sendi-sendi”. (Riwayat Abu Daud Dan Suyuti)



Buah Zaitun : Bercahaya dan Barakah Allah Padanya

“Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman.” (Surah At Tinn : Ayat 1)

Sepertimana di nyatakan di atas mengenai firman Allah dalam Al Quran mengenainya, Zaitun juga memberikan impak yang besar dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Malah ramai yang memilih minyak zaitun daripada minyak masak yang biasa untuk gaya hidup yang lebih sihat.
juga dinyatakan di dalam Al Quran dan As Sunnah akan kelebihannya;

“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang BANYAK MANFAATNYA, (iaitu) pokok Zaitun“. (Surah An Nur : Ayat 35)

Dipesan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;
“Gunalah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pokok yang DIBERKATI”. (Riwayat At Tirmidzi Dan Ibnu Majah)


Buah Delima : Teman Kurma Dalam Syurga

Di dalam Al Quran juga dijelaskan akan keistimewaan kedudukan dua buah yang utama yakni buah Kurma dan buah Delima.

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. (Surah Ar Rahman : Ayat 68).

Sudah tentu juga manfaat buah delima ini tinggi khasiatnya buat kita. Dijelaskan ia mengandungi unsur nutrien seperti vitamin C, niasin, tiamin, fosforus, riboflavin, dan kalsium serta sodium.
Buah Delima bersifat lembap dan panas serta amat baik untuk dada dan paru- paru kerana ia membantu melegakan batuk juga untuk menguatkan perut dan tekak menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah.



Habbatus Sauda’ : Raja Penawar Segala Penyakit

Habbatus Sauda’ berulangkali memberi kejutan kepada pakar kesihatan dan pengamal perubatan moden dalam kemampuannya mengatasi pelbagai penyakit. Kebolehannya sebagai penawar terus diuji dan diuji keberkesanannya.

Dalam kitab perubatan Ibnu Sina jelas dan kukuh ia diperakui kemampuannya sebagai penawar penyakit. Habbatus Sauda’ tinggi sifat antioksida dan bersifat antikanser dan antitumor.
Ia berkeupayaan tinggi dalam mengatasi dan melawan bakteria yang memudaratkan serta mampu menghentikan serangan dan jangkitan fungus dan kulat. Habbatus Sauda’ diamal sejak dahulu sebagai penawar asma.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam mengenai keunikan Habbatus Sauda’ sebagai penyembuh atau penawar penyakit ternyata tidak dapat dinafikan lagi;

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya merupakan penawar SEGALA penyakit melainkan As sam”. Sahabat bertanya “Ya Rasulullah, apakah As Sam itu..?” jelas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; “As Sam adalah mati..” (Riwayat Al Bukhari)

Sehingga hari ini keberkesanannya dalam dunia perubatan diletakkan kepercayaan yang amat tinggi dan kini menjadi modal sebagai penawar AIDS dan barah (cancer).


Za’ffran : Senilai Dengan Emas

Ia mengikut nilai semasa emas di pasaran..! Nilai Za’ffran mahal bukan kerana bentuk rupa bunganya yang cantik. Akan tetapi kerana sifatnya yang memberi manfaat dalam membina kesihatan dan menewaskan penyakit.

Kajian mendapati ia mampu meningkatkan daya ingatan, melancarkan sistem darah
dan juga saraf, mengatasi wabak penyakit kulit dan cacar serta sesuai untuk mengatasi masalah usus, tinggi nilai dengan antioksida juga sebagai agen awet muda untuk kecantikan.


Kismis : Pilihan Si Cerdas

Kismis kaya dengan pelbagai zat dan mineral. Banyak mineral dan vitamin yang penting antaranya kalsium, potassium, magnesium, zat besi, dan vitamin B1, B3 dan B6.
70% daripada Kismis adalah fruktosa (sejenis gula ringkas asli) yang mudah dihadamkan dengan cepat untuk ditukarkan kepada tenaga dengan segera. Kismis kaya dengan serat sihat yang kaya dengan agen anti-oksida.

Amat penting keperluan Zat Besi untuk pembinaan darah untuk memudahkan pengangkutan oksigen terus ke otak dan juga ke seluruh badan. Kismis sangat sesuai terutama bagi mereka yang banyak mengerah tenaga untuk berfikir seperti kanak-kanak, guru dan pelajar, professional, pensyarah dan lain-lain.
Bagi mereka yang telah mencuba produk lain yang seumpamanya, apabila anda merasai Qhazanah™, anda pasti merasai kelainannya..

Terbaru dari Qhursanee !

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai promo kami, klik tajuk yang berkenaan.

Qhazanah Untuk Semua...Dapatkannya Sekarang!

Tips-Tips Menghadapi Saat Bersalin

"Alamak...dah ader tanda..camner ni...aper nak buat dulu...nak bagitau sape ni...nak gi mane ni..."

Macam-macam soalan dalam kepala kite biler panik. Jangan panik..hadapi dengan tenang. Macam maner nak tenang ? Khatamkan tips-tips kat bawah ni ye..

Tanda-tanda nak dekat dah bersalin...(Dah cukup bulan...menunggu hari)

1. Darah

-Mula-mula akan ada discharge keperangan, pintu rahim dah mula terbuka, tapi mungkin sikit sangat bukaannye, antara 1 cm dan kurang daripada tu. "Aper nak buat ek ?"

Kalau tanda keluar tapi takder kontraksi, better tunggu dulu..

Kalau ader kontraksi..pantau selang antara kontraksi, kalau beberapa jam sekali baru ader kontraksi, relax dulu..kalau dah 1/2 jam or 15 minit sekali ader kontraksi..bersiap sedia ler dan terus je gi hospital yer.

-Kalau dah ada tanda darah (berketul atau tak)..pintu rahim dah mula terbuka jugak..tapi mungkin dah dekat 3 cm atau lebih sikit. "Aper nak wat plak ni..takutnyer..?"

Jangan takut..tenang jer..baby belum nak kuar lagi. Ader kontraksi or takder kontraksi ker..cepat-cepat ler pergi hospital yer.

2. Air Ketuban

-Ader kes air ketuban keluar dulu sebelum tanda lain. Bangun tido tengok cadar dah basah..air ketuban tak berwarna dan tak berbau. Jangan rasa plak ek. "Alamak..tak selesanya..meleleh jer air ketuban ni..macam maner ni..?"

Haa..kes ni jangan buat main-main yer..bersiap le dan terus jer gi hospital. Ader pendapat kater tak payah mandi, takut terkena infection pada baby kite. Tapi aper yang penting pergi jer hospital..jangan lewat-lewatkan..kiter tak tahu aper yang bakal berlaku.

-Ader jugak kes air ketuban yang keluar dah warna hijau..yang ni pun jangan tunggu-tunggu lagi. Kemungkinan besar baby dah 'membuang najis' dalam perut ibunye. Terus gi hospital tau.


3. Kontraksi

-Tengah duduk-duduk tengok tv or bersembang-sembang..tiba-tiba perut rase menegang. Terutama kat bahagian bawah belakang. Haa..kontraksi dah datang ler tu. "Alamak..cerite tengah best ni..sayang nak tinggalkan episod ni.."

Pantau kontraksi..kalau sekejap jer dan dalam beberapa jam lepas tu baru ader kontraksi balik, leh sambung tengok tv tu. Kalau dah setengah jam or 15 minit sekali ader kontraksi, nanti sambung tengok kat internet la ye. Bersiap sedia dan pergi hospital terus, jangan lencong-lencong.

4. Sakit di bahagian pinggul atau bahagian bawah abdomen (belakang)

-Kalau sakit bahagian bawah belakang makin lama makin ketara..cepat-cepat ler pergi ke hospital..risau plak nanti ter bersalin dalam kereta...

Semua tanda-tanda kat atas tu berdasarkan pembacaan dan juga pengalaman. Aper yang penting, kalau dah ader salah satu tanda, tanya pada yang lebih berpengalaman dan yang sebaiknye terus je pergi hospital. Lepas doktor dah scan, cek dan sebagainye segala-gala...baru doktor akan bagitau aper yang patut kiter buat. Stay kat hospital or boleh balik dulu.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas ader tanda-tanda bersalin

1. Hubungi suami (jika suami tiada di sisi ketika tu), ibu atau ibu mertua, atau sesiapa yang boleh temankan ke hospital.

2. Pastikan kad pengenalan, surat memasuki wad (Admission Letter), beg tangan dan segala dokumen di bawa bersama.

3. Pastikan semua barang-barang keperluan ibu dan baby semasa di hospital berada di dalam kereta. (Untuk memudahkan bersalin, bawa serbuk milo, susu pekat dan telur ayam mentah 2 biji).

4. Untuk memudahkan tugas doktor atau midwife, pakai pakaian yang bersesuaian, contohnya blouse dan skirt atau blouse labuh. Elakkan memakai seluar.

5. Sebelum masuk ke labour room, makan terlebih dahulu. Jangan biarkan perut kosong. Risau nanti takder tenaga dan meneran. Biler dah masuk labour room, midwife dah bagi makan..hanya boleh minum.

Jangan panik...kalau berterusan panik..masalah lain plak yang datang. Jangan pergi ke hospital berseorangan. Pastikan berteman..lebih baik..teman yang muhrim.

Petua-petua memudahkan bersalin

1. Banyakkan berjalan (bergerak)...kalau asyik duduk jer..risau nanti baby pun malas nak keluar..tapi kalau dah penat tu berhenti la dulu yer..jangan dipaksa-paksa. Semasa kontraksi lebih digalakkan berjalan-jalan.

2. Dan yang terakhir sekali..ini petua orang-orang berpengalaman...mase dah nak dekat bersalin..(dah ader tanda-tanda bersalin)..buat air milo pekat..campurkan dengan 2 biji telur mentah (lebih baik lagi telur ayam kampung)..kacau sampai rata..dan minum dengan nikmatnya :-) .. InsyaAllah..petua ni untuk melancarkan perjalanan baby untuk keluar melihat dunia.

*Pesanan penting untuk semua ibu-ibu hamil...banyakkan selawat Nabi Muhammad S.A.W..selawat Syifa' ..banyakkan bacer doa "Laa ilahaillaa anta kuntuminazzalimin..." InsyaAllah..Allah S.W.T jauhkan kiter daripada keadaan yang tidak diingini.*

Artikel berkaitan :

Makanan Sunnah Rasulullah Ketika Hamil, Bersalin dan Selepas Bersalin

Sunday, January 3, 2010

Setiap Detik Amat Bermakna...

Qhursanee sedang memantapkan ilmu dalam bidang photography...
Anda ingin mengabadikan gambar untuk function-function istimewa...?
Tidak cukup budget untuk photographer professional...?
Qhursanee berusaha memenuhi kehendak anda dengan budget yang amat rendah...
Ikuti perkembangan Qhursanee Photography...